cover-tt-1

 

Mengingat adalah satu bentuk ibadah apabila ingatan tertuju kepada Tuhan. Ingat Tuhan bukan sekadar tahu Dia ada disana. Ingat Tuhan yang disebut Zikrullah juga bukan sekadar bacaan wirid selepas solat. Walau kedua-duanya diperlukan untuk ada dan dilaksanakan individu yang beriman pada Tuhan, zikrullah adalah ingatan yang membawa Tuhan dalam setiap perlakuan dan keadaan.

Ibadah mengingat ini yang akan membawa kepada ketenteraman “Dengan mengingat Allah (zikrullah) hati akan tenteram”. Begitupun ia berbalik semula kepada tuntutan zikrullah yang ingin dicapai, ingatan yang konsisten “Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi”

Ingatan seperti ini lebih utama untuk diamalkan kerana ianya meliputi setiap masa dan keadaan, tidak terikat kepada waktu-waktu tertentu.

Jenis golongan yang menggunakan ingatan seperti ini disebut Ululalbab.

Mereka berbeza dengan konsep ahli wirid. Semakin banyak wirid semakin tenteram. Jika zikrullah ditutup dalam waktu-waktu tertentu, ketenangan hanya sempat dirasa pada waktu tertentu. Banyak orang berwirid zikir selepas solat, namun selepas solat masih gelisah dan menggelisahkan orang lain dengan kata-kata yang buruk.

Ketenagan yang sampai dengan zikrullah perlu diamalkan setiap masa. Ketika bersin, ketika masuk rumah, bawa kereta, zikir. Ketika berdepan pemandu yang cuai, zikrullah, ingat Allah jangan keluar kata-kata yang kesat. Ketika dalam waktu kekurangan duit, dengan tangan yang berat perbelanjaan anak perlu dikeluarkan, zikrullah, mohon dilimpahkan berkah diberi rezki tambahan. Ketika tiada idea menulis, sambil perah otak, zikir ingat Allah moga dibimbing tangan dan jiwa menyusun idea.

Zikrullah pada setiap masa, jadi Ululalbab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *