13729190_819317011535774_617107075682975648_n

ABIDEEN BOOKS ditubuhkan sebagai satu entiti penerbitan pada Ogos 2016 dengan visi “Membaca Mengubah Kehidupan”.

“ABIDEEN” bermaksud “Kehambaan”, yang menjadi asas worldview ABIDEEN BOOKS beroperasi. Berteraskan worldview ini, ia membentuk TIGA kategori penerbitan ABIDEEN BOOKS iaitu :

Memahami Wahyu

Mengurus Kehidupan

Membina Legasi

ABIDEEN BOOKS percaya bahawa usaha menerbitkan bahan bacaan yang baik, wajar diiringi usaha membina pembaca yang baik. Untuk itu, ABIDEEN BOOKS menganjurkan Seminar How to Read a Book sebagai platform meningkatkan kualiti pembaca.

Sebagai pemain baru di dalam industri penerbitan, ABIDEEN BOOKS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana individu mahupun organisasi yang berkongsi visi yang serupa.