Baru-baru ini disiarkan berita sebilangan anak-anak remaja didapati menyertai “candle vigil” berkabung atas tragedi bunuh diri seorang artis Korea dan menimbulkan reaksi kurang enak oleh netizen.

.
SALAH KE?

.
Hukum menyertai acara berkabung ini sudahpun diulas dengan jelas oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Perspektif yang lebih mendasar ialah “mengapa mereka boleh bertindak sedemikian?”. Soalan ini sebenarnya menyerlahkan bahawa ada sesuatu yang berlaku DALAM anak-anak remaja ini, walaupun secara luaran mereka menampilkan diri sebagai Muslim, tetapi rupanya sistem nilai dalaman itu yang mempengaruhi tindakan mereka – sistem nilai yang meletakkan artis Korea sebagai role model yang layak ditangisi – walaupun artis itu melakukan suicide!

.
Suatu muhasabah buat kita semua, terutamanya ibu bapa. Sebagai guru pertama di dalam institusi pendidikan pertama bernama KELUARGA, siapakah role model yang menjadi idola anak-anak kita hari ini? Dengan lambakan pengaruh artis, selebriti, watak filem-filem luar yang kurang baik, unsur-unsur ini lah sebenarnya yang sangat mempengaruhi tingkahlaku anak-anak kita.

.
Di manakah para Rasul dalam kehidupan anak-anak kita? Adakah mereka menganggap para Rasul tidak setanding dengan idola-idola mereka, atau bagaimana? Adakah mungkin kerana mereka tidak diperkenalkan kepada kehidupan para Rasul secara berstrategi?

.
JANGAN RISAU, MASIH BELUM TERLAMBAT. TETAPI MESTI MULAKAN SEKARANG!

.
Mungkin ini yang anda fikirkan sekarang :

.
“Saya mahu anak-anak remaja memposisikan para Rasul sebagai rujukan akhlak dan karakter mendepani cabaran materialistik zaman ini.”
“Saya bersedia. Tetapi BAGAIMANA?”

.
Apa kata anda sekiranya ada sebuah buku yang :

.
– mempermudahkan pengajaran kisah hidup para Rasul tanpa anda perlu mengkaji sendiri daripada pelbagai kitab muktabar? – JIMAT MASA
– buku ini ditulis bersumberkan kitab-kitab tafsir utama dan hadis-hadis yang bebas daripada unsur israiliyat?
– menghubungkan pelajaran-pelajaran kisah ini dengan cabaran-cabaran semasa yang dihadapi zaman ini? – PRAKTIKAL
– sokongan ilustrasi yang membantu anda dan anak-anak berdiskusi secara kritis, supaya anda dapat memahami perspektif mereka? – BERFIKIR SECARA VISUAL
– ditulis dalam Bahasa Inggeris yang mudah dan santai supaya mudah difahami? – MUDAH DIBACA

.
JIKA ANDA BENAR-BENAR SERIUS UNTUK MULA MEMPERKENALKAN PARA RASUL KE DALAM KEHIDUPAN ANAK-ANAK, boleh sambung baca di bit.ly/bookprophets